1. Teori Ledakan Dahsyat (Big Bang)
- Oleh Albert Einstent.
- Teori ini menerangkan bahawa alam semesta adalah satu kesatuan yang padu membentuk bola pijar yang panas sekitar 6 juta darjah celcius .
- Oleh kerana terkumpulnya materi yang padat dan mengembang, maka terjadinya ledakan besar.
- Debu dari ledakan besar tadi menjadi susunan galaksi dan gumpalan awan tebal telah menjadi supernova (awan raksasa hasil ledakan bintang).
Teori Big Bang |
2. Teori Kabut ( Laplace)
- Oleh Immanuel Kant (1755) dan Piere De Laplace (1796).
- Terdapat gas di alam semesta kemudian berkumpul menjadi kabut(nebula).
- Tarik menarik antara gas ini kemudian membentuk kabut yang sangat besar dan berputar laju. Dalam proses putaran ini, kabut di bahagian khatulistiwa terpisah dan memadat kerana sejuk (dingin). Maka, bahagian inilah yang membentuk planet di alam semesta.
Teori Kabut |
3. Teori pasang surut
- Oleh Buffon (1707)
- Sistem suria berasal dari materi matahari yang terlempar setelah berlanggar dengan komet.
- Teori ini diperbaiki oleh James Jeans dan Harold Jeffreys(1919) yang menyatakan tata suria terbentuk akibat daripada sebuah bintang yang melewati matahari dengan jarak yang sangat dekat sehingga tarikan graviti yang terdapat pada matahari tertarik ke arah bintang membentuk cerutu panjang. Pada bahagian tengah ceratu besar, sedangkan bahagian hujung dan pangkalnya kecil dan terus berputar-putar mengelilingi matahari. lama kelamaan cerutu tersebut mendingin dan membentuk bulatan menjadi planet-planet.
Teori Pasang Surut |
4. Teori Bintang Kembar
- Oleh R.A Lyttleton (1930)an
- Teori ini menyatakan bahawa pada mulanya terdapat sepasang matahari kembar yang saling mengelilingi. Kemudian melintaslah sebuah bintang dan menyebabkan sebuah matahari hancur menjadi planet-planet kecil yang terus berputar mengelilingi matahari.
Teori Bintang Kembar |
5. Teori Planetesimal
- Oleh Chamberlin dan Moulton (1905)
- Menyatakan bahawa tata suria pada mulanya terbentuk daripada gas yang mengelilingi gas yang panas.
- Kabut gas tersebut terus berputar mengelilingi inti gas sehingga terpilin (disebut kabut pilin).
- Kabut gas yang terpilin berubah menjadi bahan-bahan padat yang kemudian menjadi planet dan inti gas panas menjadi matahari.
Teori Planetesimal |
Science is easy n fun..good job
BalasPadam