Rabu, 11 November 2015

Soalan untuk adik-adik

Latih tubi soalan😀

1) Senaraikan jenis-jenis pencemaran alam 
sekitar yang akan memudaratkan bumi kita.

        a)_________________________

        b)_________________________

        c)__________________________

2) Senaraikan tiga faktor yang 
menyebabkan kejadian pencemaran alam
sekitar.

        a)_____________________________

        b)_____________________________

        c)_____________________________

3) Senaraikan kesan-kesan pencemaran 
alam sekitar.

        a)_____________________________

        b)_____________________________  

        c)_____________________________

 4) Senaraikan langkah-langkah yang
 sesuai untuk mengelak kejadian pencemaran
 alam sekitar.

        a)_____________________________

        b)_____________________________

        c)_____________________________

5) Cadangkan langkah-langkah lain 
yang sesuai untuk mengelakkan kejadian 
pencemaran alam sekitar.

        a)_____________________________

        b)_____________________________

        c)_____________________________


....................................................................................................

Jawapan :

1) a) pencemaran udara
    b) pencemaran air
    c) pencemaran bunyi

2) a) pembangunan secara tidak sistematik
    b) penggunaan kenderaan bermotor
    c) pembakaran hutan

3)  a) penipisan lapisan ozon
     b) pemanasan global
     c) hujan asid

4) a) mengurangkan penggunaan bahan kimia
     b) kerajaan perlu menguatkuasakan undang- 
         undang
     c) mengadakan kempen kesedaran sivik

5) a) menggalakkan aktiviti kitar semula
     b) anak-anak diterapkan kepentingan
        memelihara alam sekitar
     c)perancangan dan pengurusan sisa yang
        sistematik


Terima Kasih kerana menjawab....👍✌✌✌

💡Tahukah adik-adik?

Coretan rasa 😔



Selagi minda manusia tidak berubah ke arah yang positif. Selagi itulah akan tetap berlaku kerosakan di muka bumi. Perubahan minda dan kesedaran mengenai kepentingan ekosistem ini, dapat membantu mengurangkan masalah yang akan mengancam semua makhluk di muka bumi. Memulihara dan memelihara alam ini merupakan tanggungjawab dan amanah yang perlu dijaga dan dipelihara untuk kini dan masa depan anak bangsa kita. 
Justeru itu, ayuh semua..... Amalkan sikap prihatin dan didiklah anak-anak supaya sentiasa menjaga kebersihan dan memulihara alam sekitar serta buang tabiat 'tak pe'..agar kita hidup dalam suasana yang bahagia dan terhindar dari ancaman bahaya pencemaran yang dibawa oleh manusia itu sendiri.

Go...go ......greennnnn.....!!!!


Selasa, 10 November 2015

Planet-Planet dalam Sistem Suria


Tahukah adik-adik, terdapat 9 Planet dalam Sistem Suria kita................






1. Utarid
  • Planet yang paling hampir dengan matahari
  • Kira-kira 57.9 juta kilometer dan merupakan planet terkecil dalam sistem suria. 
  • Diameter Utarid adalah 40% lebih kecil dari bumi, dan 40% lebih besar daripada bulan.
  • Permukaannya sama dengan permukaan bulan. 
  • Dipermukaan Utarid, matahari kelihatan dua setengah kali ganda lebih daripada saiznya di bumi. 
2. Zuhrah 
  • Planet kedua terdekat dengan matahari.
  • Iamerupakan objek semulajadi yang paling terang di waktu malam.
  • Zuhrah dianggap planet kembar bumi kerana saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya hampir sama dengan bumi dan planet ini terbentuk dari awan nebula yang sama dengan bumi.
  • Zuhrah tidak mempunyai lautan dan diselubungi dengan atmosfera yang mengandungi karbon dioksida pada peratusan yang tinggi.
  • Atmosfera Zuhrah tidak mempunyai wap air dan awan di Zuhrah terdiri daripada titisan asid sulfurik.
3. Bumi 
  • Planet ke-3 dari matahari.
  • Merupakan planet terpadat dan terbesar ke-5 dalam sistem suria. 
  • Bumi terbentuk sekitar 4,54 miliar tahun yang lalu .
  • Bumi adalah tempat tinggal bagi jutaan makhluk hidup, termasuk manusia.

4. Marikh
  • Merupakan planet ke-4 dari matahari. 
  • Terdapat lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. 
  • Marikh berwarna merah kemerahan.
  • Marikh mempunyai keluasan 25% permukaan bumi dan hanya 10% jisin bumi.
  • Atmosfera Marikh sangat nipis dan tekanan kira-kira 0.75% purata di bumi.
  • Komposisi atmosfera Marikh adalah 95% karbon dioksida, 3% nitrogen, 1.6% argon dengan sedikit sahaja kandungan oksigen dan air. 
5. Musytari

  • Planet ke-5 daripada matahari.
  • Merupakan planet terbesar daripada 9 planet yang lain.
  • Mengandungi 71% semua jirim di bumi dan ketumpatan di Musytari adalah 1/3 lebih besar dari air. 
  • Musytari mengandungi hidrogen dan Helium.
  • Permukaan dalamnya terdapat kandungan hidrogen cecair dan terasnya terkandung unsur berat seperti batu, besi, nikel dan silikon. 
  • Suhu permukaan adalah sangat tinggi iaitu 4 kali ganda lebih dari suhu di permukaan matahari. 
  • Terdapat 16 buah bulan terdapat di Planet Musytari.
6. Zuhal
  • Berputar mengelilingi matahari dari kejauhan 9.5 AU.
  • Bergaris pusat 121000km dan merupakan planet ke-2 terbesar di sistem suria. 
  • Berputar diatas paksinya dalam masa 10jam.
  • Terdiri daripada hidrogen dan helium dengan ketumpatan 0.69 kali ganda ketumpatan air.
  • Terdapat gegelang di sekeliling Zuhal yang terdiri daripada air dalam bentuk pejal. 
7. Uranus
  • Planet yang ke-7 daripada matahari.
  • Merupakan planet yang boleh dilihat menggunakan Teleskop.
8. Neptun
  • Merupakan planet ke-8 dari matahari dan ke-4 terbesar dari planet lain dengan diameter 49.530km. 
  • Neptun adalah 17 kali lebih besar daripada bumi dan sedikit lebih besar daripada Uranus. 

Penciptaan Alam Menurut Sains

Menurut para saintis, terdapat beberapa teori yang terbentuk dari penciptaan alam ini iaitu:

1. Teori Ledakan Dahsyat (Big Bang)
  • Oleh Albert Einstent.
  • Teori ini menerangkan bahawa alam semesta adalah satu kesatuan yang padu membentuk bola pijar yang panas sekitar 6 juta darjah celcius .
  • Oleh kerana terkumpulnya materi yang padat dan mengembang, maka terjadinya ledakan besar.
  • Debu dari ledakan besar tadi menjadi susunan galaksi dan gumpalan awan tebal telah menjadi supernova (awan raksasa hasil ledakan bintang).  
Teori Big Bang
2. Teori Kabut ( Laplace)
  • Oleh Immanuel Kant (1755) dan Piere De Laplace (1796). 
  • Terdapat gas di alam semesta kemudian berkumpul menjadi kabut(nebula).
  • Tarik menarik antara gas ini kemudian membentuk kabut yang sangat besar dan berputar laju. Dalam proses putaran ini, kabut di bahagian khatulistiwa terpisah dan memadat kerana sejuk (dingin). Maka, bahagian inilah yang membentuk planet di alam semesta.  
Teori Kabut

3. Teori pasang surut
  • Oleh Buffon (1707)
  • Sistem suria berasal dari materi matahari yang terlempar setelah berlanggar dengan komet. 
  • Teori ini diperbaiki oleh James Jeans dan Harold Jeffreys(1919) yang menyatakan tata suria terbentuk akibat daripada sebuah bintang yang melewati matahari dengan jarak yang sangat dekat sehingga tarikan graviti yang terdapat pada matahari tertarik ke arah bintang membentuk cerutu panjang. Pada bahagian tengah ceratu besar, sedangkan bahagian hujung dan pangkalnya kecil dan terus berputar-putar mengelilingi matahari. lama kelamaan cerutu tersebut mendingin dan membentuk bulatan menjadi planet-planet. 

Teori Pasang Surut

4. Teori Bintang Kembar
  • Oleh R.A Lyttleton (1930)an
  • Teori ini menyatakan bahawa pada mulanya terdapat sepasang matahari kembar yang saling  mengelilingi. Kemudian melintaslah sebuah bintang dan menyebabkan sebuah matahari hancur menjadi planet-planet kecil yang terus berputar mengelilingi matahari.
Teori Bintang Kembar

5. Teori Planetesimal
  • Oleh Chamberlin dan Moulton (1905)
  • Menyatakan bahawa tata suria pada mulanya terbentuk daripada gas yang mengelilingi gas yang panas. 
  • Kabut gas tersebut terus berputar mengelilingi inti gas sehingga terpilin (disebut kabut pilin).
  • Kabut gas yang terpilin berubah menjadi bahan-bahan padat yang kemudian menjadi planet dan inti gas panas menjadi matahari.
Teori Planetesimal

Sabtu, 7 November 2015

Sayangi Alam Ciptaan Allah

PENGENALAN

Alam bermaksud semua yang terkandung di dalamnya. Alam harus dipandang sebagai satu bentuk ekosistem yang memiliki nilai untuk dihormati, dihargai, dibelai dan tidak disakiti oleh segelintir manusia yang hanya mementingkan diri sendiri. Alam mempunyai hubungan dengan setiap perilaku dan situasi manusia itu sendiri. Andainya alam ini musnah, maka tiadalah lagi benda hidup yang dapat tumbuh subur sepertimana yang telah dianugerahi Ilahi pada awalnya. Oleh itu, wajarlah kita sebagai manusia yang mendiaminya bertindak secara positif agar alam yang indah dan subur ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. 

Penciptaan Alam Semesta Berdasarkan Perspektif Al-Qur’an


A073
Dan Dia lah yang menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar, dan (Dia lah juga) pada masa (hendak menjadikan sesuatu) berfirman: "Jadilah", lalu terjadilah ia. FirmanNya itu adalah benar. Dan bagiNyalah kuasa pemerintahan pada hari ditiupkan sangkakala. Ia yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, dan Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.
                                                                     (Surah Al an'am, ayat 73)